This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Penceroboh Israel tembak mati warga Israel

BAITULMAQDIS: Peneroka Israel menembak mati seorang warga Palestin berhampiran sebuah bandar di sebelah utara Tebing Barat yang diduduki kerana bersenjatakan pisau dan bahan letupan, seperti mana didakwa tentera Israel.

Menurut tentera Israel, pasukannya menjalankan operasi di sebuah bandar berdekatan hab bandar Ramallah semalaman dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang melempar batu dan bom petrol, sehingga terkena seorang individu.

Bagaimana pihak tentera tidak memperincikan sama ada individu yang terkena tembakan terbunuh atau mengalami kecederaan.

Ketegangan di Tebing Barat semakin menjadi-jadi sejak berbulan lamanya dengan operasi serbuan tentera hampir setiap hari termasuk keganasan penceroboh Israel yang kian meningkat di Tebing Barat, di tengah-tengah serangan dilakukan warga Palestin.

Mereka mendakwa mayat pemuda terbabit masih disimpan oleh tentera Israel.

Semalam, seorang pejuang kumpulan Hamas melepaskan tembakan di Tel Aviv sehingga mencederakan tiga orang, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Penyerang itu kemudiannya dibunuh oleh polis dan orang di sekitar kawasan itu.

Kumpulan Hamas berkata serangan itu adalah tindak balas susulan pembunuhan tiga lelaki bersenjata warga Palestin di Tebing Barat.

Semasa operasi di bandar Ni'lin hari ini, tentera Israel berkata pihaknya menahan dua saudara lelaki bersenjata daripada kumpulan Hamas ketika sedang menentukan rumah pejuang Palestin yang akan dirobohkan.

Israel menjelaskan operasi merobohkan kediaman itu bertujuan menggertak warga Palestin supaya jangan menyerang pihak berkuasa atau penduduk Israel.

Tindakan menghukum secara kolektif dengan merobohkan kediaman keluarga itu dikutuk rakyat Palestin, kumpulan hak asasi dan institusi antarabangsa, namun masih diteruskan.

Sepanjang tahun lalu, tentera Israel melakukan ribuan tangkapan di Tebing Barat dan membunuh lebih 200 rakyat Palestin termasuk pejuang serta orang awam.

Lebih 40 warga Israel dan orang asing maut dalam serangan di lakukan rakyat Palestin dalam tempoh sama.

Rakyat Palestin berusaha untuk menubuhkan sebuah negara di Tebing Barat merangkumi Baitulmaqdis Timur dan Gaza, yang menjadi kawasan ditawan Israel dalam Perang Timur Tengah pada 1967.

Perluasan penempatan Yahudi dan kebuntuan politik bagi pelan damai menjadikan potensi penyelesaian dua negara semakin hambar

Punca Aaron-Wooi Yik tumbang di Jerman


KUALA LUMPUR: Terlalu banyak kesilapan sendiri menjadi faktor utama beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di pusingan kedua Terbuka Jerman, malam tadi.

Juara dunia itu yang tampil sebagai pilihan utama terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Sato 13-21, 18-21 pada aksi yang berlangsung di Mulheim.

"Dari awal set pertama mereka memasuki gelanggang, semua serangan mereka tidak berjaya matikan lawan. Situasi itu membuatkan mereka panik dan tidak tahu untuk buat apa sehingga ketinggalan jauh di set pertama.

"Pergerakan bulu tangkis perlahan dan bermain secara rali, tetapi mereka seperti tidak tahu penat, banyak bulu tangkis mudah matikan di tangan sendiri saja.

"Dari awal set pertama mereka memasuki gelanggang, semua serangan mereka tidak berjaya matikan lawan. Situasi itu membuatkan mereka panik dan tidak tahu untuk buat apa sehingga ketinggalan jauh di set pertama.

"Pergerakan bulu tangkis perlahan dan bermain secara rali, tetapi mereka seperti tidak tahu penat, banyak bulu tangkis mudah matikan di tangan sendiri saja.

"Pihak lawan tidak mudah untuk mematikan kita cuma Aaron-Wooi Yik yang buat kesilapan sendiri," kata jurulatih beregu negara, Hoon Thien How yang mengiringi pemain negara di Mulheim.

Susulan kekalahan itu, Thien How mahu kedua-dua pemain berkenaan segera bangkit dalam persiapan menghadapi saingan Seluruh England yang akan bermula Selasa ini.


"Kalau tengok daripada kekalahan itu, sudah tentu tahap keyakinan menurun. Namun, saya mahu mereka segera lupakan kekalahan ini dan kembali lebih fokus bagi menghadapi Seluruh England.

"Saya harap mereka dapat menampilkan prestasi terbak dan menghasilkan keputusan yang baik di Seluruh England kali ini," katanya.

Aaron-Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan akan memulakan kempen menentang pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin di pusingan pertama.

Kenapa perlu berhutang untuk bayar tunggakan?

KUALA LUMPUR: "Kenapa saya perlu berhutang untuk membayar hutang tertunggak? Saya perlukan wang tetapi tidak sanggup menanggung faedah yang dikenakan bank apatah lagi dalam situasi ekonomi ketika ini," kata Nurul Najjat Mohd Yusof.

Nurul Najjat, 37, yang juga seorang kerani berkongsi pandangannya mengenai langkah membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank bagi membuat pinjaman peribadi.

Katanya, kaedah cagaran dicadangkan kerajaan itu disifatkannya seperti menjerat leher pencarum yang terdesak.

Menurutnya, dia mahu menyelesaikan masalahnya termasuk tunggakan hutang dengan pengeluaran wang sendiri melalui caruman KWSP dan bukannya membuat pinjaman wang daripada bank atau mana-mana pihak.

Pekerja sektor perkapalan, L Amalraj, 34, pula berkata, setakat ini dia tidak bercadang mengeluarkan wang carumannya, namun mengakui cadangan yang diumumkan itu tidak membantu rakyat.

"Seperti tidak logik kerana kaedah itu dilihat hanya menguntungkan sebelah pihak saja dan pencarum pula yang perlu menanggung beban faedah yang menambah hutang mereka.

"Saya berpandangan biarlah pencarum yang betul terdesak mengeluarkan wang mereka tetapi boleh dihadkan peratusan pengeluaran wang itu kerana kita sedia maklum KWSP adalah simpanan untuk hari tua nanti," katanya.

Bagi Robo Ding, 44, dia berpandangan kaedah itu dapat membantu mana-mana pihak yang sebelum ini tidak layak membuat pinjaman dengan bank kerana tidak melepasi syarat sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, tidak menafikan kaedah itu tidak sesuai untuk semua rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan caruman sedikit.

"Cadangan ini adalah jalan alternatif untuk mereka yang terdesak berbanding meminjam daripada ceti haram yang akan memudaratkan kehidupan kelak," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) Azmi Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pencarum menerusi emel dan khidmat pesanan ringkas yang membantah cadangan pengeluaran KWSP secara kaedah kolateral.

"PGIRM juga sudah mendapat makluman daripada peguam kami bahawa di dalam Akta KWSP di bawah Seksyen 51, menyatakan deposit caruman KWSP tidak boleh dicagarkan kepada pihak ketiga.

"Justeru cadangan itu akan membebankan rakyat yang sedia maklum tuntutan pengeluaran kecemasan bersasar itu bertujuan menyelesaikan hutang yang tertunggak daripada pihak bank, pinjaman syarikat kredit, ceti haram, pinjaman kenalan terdekat dan permasalahan lain yang sedang dihadapi oleh rakyat sekarang ini," katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilapor berkata, kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman KWSP sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman peribadi.

Katanya, kaedah itu boleh ditawarkan kepada pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

KWSP dalam kenyataan hari ini menyebut pihak maklum dengan pengumuman Anwar dan sedang meneliti dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai cagaran untuk membuat pinjaman peribadi bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.

"KWSP ambil maklum perkembangan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

"Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang," kata kenyataan itu.